Sunday, November 8, 2009

Salah Faham Umat Islam Berkenaan Jodoh dan Pasangan

Assalamualaikum wbt.

Sejak akhir-akhir ni (2 3 tahun ni) memang soal jodoh hangat diperkatakan disekeliling saya. Jadi dengan tak semena-mena segala ilmu mengenai jodoh pertemuan ni saya cari kat internet dan media cetak. Kawan-kawan sibuk meng'canon' sesama kawan, tak kurang juga persoalan dari ahli keluarga sendiri. Memang tekanan, tapi tak stress pun. Saja dibuat-buat supaya nampak normal. Apa-apapun, bergelar 'single' ni memang banyak nikmatnya berbanding orang yang dah 'couple'. Sayangnya mereka tak dapat pengalaman menjadi rebutan orang haha (riak seh). Ye la, siapa la nak tackle couple orang? Siap haribulan, dapat mata panda. Konon-konon melindungi awek yang tak sah di sisi undang-undang tu. Fuhh panas-panas. Tak nak buat panas-panas lagi, saya cuma nak kongsi satu artikel tulisan Ustaz Emran. Berkenaan jodoh. Selamat membaca. Sorry sebab tak ada penulisan ilmiah sendiri. Maklumla ilmu kurang, tak layak nak menulis berat-berat. Maka. saya persembahkan artikel Ustaz Emran. Sharing is caring.

==============================

Salah Faham Umat Islam Berkenaan Jodoh dan Pasangan


Persoalan Jodoh termasuk perkara yang berada dibawah bab takdir dan telah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak azali lagi. Memahami masalah jodoh hendaklah dengan kefahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang diajarkan oleh Rasulullah agar kehidupan kita dilalui dengan pertunjuk yang sahih dan mencapai keredhaan Allah SWT.

Salah Faham Berkenaan Jodoh

Saya sendiri pernah tersalah faham di dalam bab jodoh, ianya berlaku kepada saya sewaktu masih muda remaja dahulu dan sibuk mengejar cinta serta mengharapkan jodoh yang istimewa dan akhirnya memang saya mendapat jodoh yang benar-benar istimewa.

Saya berkahwin dengan seorang gadis arab, anak perempuan seorang ulama sunnah di Yaman. Sewaktu itu saya cukup bergembira dan merasa sangat berbangga.

Walaubagaimanapun Allah lebih menyayangi saya.

Allah swt befirman : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " (Al-Baqarah : 216)

Allah mengehendaki kebaikan kepada saya dengan menganugerahkan kepada saya sebuah perceraian sehingga melaluinya saya dapat memahami erti sebuah jodoh dan perkahwinan.

Tanpa penceraian tersebut nescaya saya tidak akan mengetahui dan memahami maksud jodoh sehingga ke hari ini.

Alhamdulillah.

Saya diberi izin oleh Allah SWT untuk berkahwin kali kedua apabila seorang bapa yang soleh menawarkan anak gadisnya kepada saya. Ketika itu wujud perbalahan di dalam jiwa saya yang membuatkan saya berfikir panjang ini disebabkan sebagai seorang ustaz (ketika itu sudah bergelar ustaz) saya memikirkan untuk mencari seorang gadis yang sempurna, wanita yang hebat dan mampu mengubati hati saya yang terluka dan cedera akibat perkahwinan terdahulu.

Kali ini mahu mencari yang paling comel, paling gebu, paling sempurna sehingga saya gariskan ciri-ciri isteri idaman saya yang persis bidadari.

Allah menyebut di dalam Al-Quran bahawa Syaitan akan menyesatkan manusia dengan pelbagai cara antaranya ialah dengan angan-angan yang memperdayakan : "Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka." (Al-Baqarah : 216)

Allah befirman : "Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka." (An-Nisa : 120)

Alhamdulillah, sekali lagi Allah memberikan kebaikan kepada saya dengan mendapat nasihat dan pertunjuk berguna daripada ulama-ulama sunnah di Yaman. Kata mereka, Allah tidak akan memberikan "bidadari" kepada anda di dunia tetapi di akhirat. Jadi jika anda mahukan wanita yang bertaraf bidadari di dunia maka kahwinilah dengan niat yang betul, jalanilah kehidupan rumahtangga dengan betul, jadilah suami yang betul dan InsyaAllah isteri anda akan menjadi bidadari di akhirat.

Daripada Ibnu Umar r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap seorang dari kamu akan ditanya perihal kepimpinannya. Pemimpin adalah yang bertanggungjawab memimpin dan akan ditanya perihal yang dipimpin olehnya. Seorang lelaki adalah pemimpin dalam keluarganya dan akan ditanya perihal kepimpinannya. Seorang wanita adalah pemimpin dalam rumah suaminya dan akan ditanya perihal kepimpinannya. Buruh adalah pemimpin dalam harta majikannya dan akan ditanya perihal kepimpinannya. Jadi setiap seorang dari engkau semua itu adalah pemimpin dan tentu akan ditanya perihal kepimpinannya. " (Hadis sahih Muttafaq 'alaih)

Syeikh lalu menceritakan perihal Umar RA yang turut mengalami masalah rumahtangga, bahkan rasulullah sebaik-baik manusia juga menghadapi masalah yang sama sekaligus menyedarkan saya "Mana ada manusia yang sempurna."

Diriwayatkan bahwa seorang pemuda datang ke rumah Umar bin Khatthab Radhiallahu 'anhu hendak mengadukan keburukan akhlak isterinya. Maka ida berdiri di depan pintu menunggu Umar keluar. Lalu dia mendengar isteri Umar bersuara lantang pada suaminya dan membantahnya sedangkan Umar diam tidak membalas ucapan isterinya. Pemuda itu lalu berbalik hendak pergi, sambil berkata : "Jika begini keadaan Umar dengan sifat keras dan tegasnya dan dia seorang amirul mukminin, maka bagaimana dengan keadaanku ?".

Umar keluar daripada rumahnya dan melihat ada orang beredar dari rumahnya lalu memanggil pemuda itu dan berkata : "Apa keperluanmu wahai pemuda ?" Dia menjawab : "Wahai Amirul Mukminin, pada mulanya aku datang hendak mengadukan keburukan akhlak isteriku dan sikapnya yang membantahku. Lalu aku mendengar isterimu berbuat demikian, maka aku pun kembali sambil berkata :"Jika demikian keadaan amirul mukminin bersama isterinya, maka bagaimana dengan keadaanku ?" maka Umar berkata : "Wahai saudaraku. Sesungguhnya aku bersabar atas sikapnya itu kerana hak-haknya padaku. Dia yang memasakkan makananku, yang membuatkan rotiku, yang mencucikan pakaianku, yang menyusui anak-anaku dan hatiku tenang dengannya dari perkara yang haram. Kerana itu aku bersabar atas sikapnya". Pemuda itu berkata : "Wahai Amirul Mukminin, demikian pula isteriku". Berkata Umar "Bersabarlah atas sikapnya wahai saudaraku ..." [Kitab Al-Kaba'ir oleh Dzahabi hal. 179]

Janganlah Melihat kepada Keburukkan Seseorang kerana tidak akan wujud Pengakhirannya tetapi lihatlah kepada Kebaikan yang akan membolehkan Kita menumpang dan menikmatinya.

Saya lalu terus bersetuju untuk mengahwini seorang gadis mentah, muda seusia 17 tahun untuk menjadi isteri saya tanpa teragak-agak. Alhamdulillah, setelah beberapa tahun kini dialah bidadari saya yang merupakan wanita paling indah yang pernah saya temui.

Anda yang bertanggungjawab "berusaha" menjadikan pasangan anda sebagai bidadari atau lelaki soleh yang anda inginkan melalui usaha berterusan dan perjuangan melaksanakan hal tersebut beroleh pahala.


(Sila Klik gambar untuk membesarkan Imej agar lebih jelas)

Berdasarkan carta jodoh di atas ANDA akan mendapati bahawa JODOH kita sebenarnya sudah DITAKDIRKAN iaitu bermaksud ianya sudah ditetapkan oleh ALLAH SWT semenjak azali lagi.

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya: Rasulullah s.a.w seorang yang benar serta dipercayai bersabda: "Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selain-Nya." (Sahih Muslim, Kitab Takdir, no: 4781)

Tidak kira apakah jalan yang anda gunakan untuk berkahwin maka ianya sudah pun ditetapkan oleh yang demikian mengapakah kita harus menggunakan JALAN yang HARAM sedangkan dengan JALAN yang HALAL pun kita boleh mendapatkannya ?

Janganlah mencelakakan diri kita dengan memilih jalan yang haram dan berdosa kerana kelak kita akan menanggung akibatnya di akhirat.
Kenapa bimbang belum mendapatkan jodoh ?

Apakah anda akan ditakdirkan akan berkahwin atau ditakdirkan tidak akan berkahwin TERNYATA sudah tidak sepatutnya dipertikaikan lagi kerana ianya SUDAH DITETAPKAN dan hal tersebut tidak berubah.

Jadi mengapa bimbang dan risau ? Orang yang beriman kepada Takdir maka tiada kebimbangan dan kerisauan di dalam jiwa mereka kerana menyakini segala sesuatu sudah pun ditetapkan.

Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya dari Abu Darda r.a dari Nabi s.a.w bersabda, ‘Tidak sekali-kali masuk ke dalam syurga (Allah), orang yang mendustakan takdir (Allah).’ (lihat: Silsilah hadis Sahihah, nombor 675).

Apa yang perlu anda risaukan ialah bagaimana harus berusaha, jalan yang perlu dipilih agar memenuhi PERINTAH ALLAH itu sahaja.

Siapakah Pasangan Anda ?

Anda tidak perlu TAKUT siapakah jodoh anda kerana pasangan anda sudah pun ditentukan oleh Allah SWT dan apa yang perlu anda lakukan ialah untuk berusaha mendapatkan calon yang soleh dan solehah sebagai memenuhi PERINTAH ALLAH dalam keadaan anda penuh sedar dan yakin ianya sudah ditetapkan.

Anda berusaha semata-mata kerana mahu memenuhi perintah Allah. SWT.


Memilih jodoh yang baik

Berdasarkan carta di atas, maka anda diharapkan dapat memahami bahawa Kehendak Allah yang disukai dan diredhai-Nya (Iradah/Kehendak Syar'iyah) dapat diketahui oleh kita dengan ILMU berdasarkan Kitab dan Sunnah.

Manakala Kehendak Allah yang menyebabkan berlakunya segala sesuatu, yang mengizinkan terjadi tiap-tiap perkara (disebut Iradah/ kehendak Kauniyah) tidaklah bermakna ianya disukai dan diredhai oleh Allah SWT.

Tiada sesiapa termasuk anda dan ulama dapat mengetahui siapakah lelaki atau wanita yang sesuai atau baik untuk anda. Mr. Right atau Mrs. Right tidak akan dapat diketahui oleh Kita selama-lamanya tanpa WAHYU di sisi.

Allah swt befirman : "(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib ,maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu." (Jin : 26)

Memandangkan Rasulullah telah wafat maka tiada sesiapa lagi boleh mengetahui siapakah yang lebih sesuai untuk kita dan siapakah pula tidak. Majoriti orang "menyelidik", "mengkaji" latar belakang calon pasangan masing-masing dengan tujuan "merisik" mencari calon yang paling sesuai dan terbaik.

Hakikatnya hanya ALlah yang mengetahui, boleh jadi setelah dikaji "di dalam makmal"maka didapati seorang wanita itu baik untuk kita atau sebaliknya namun setelah berkahwin dan hidup bersama maka dia kemudiannya berubah hati dan menjadi jahat serta menyeleweng.

“Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah Sesuatu yang yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti.”

(HR. Tirmidzi)



Hati manusia boleh berubah ibarat pantai.

Jangan membuang masa mencari Mr. Right atau Mrs Right sehingga mengabaikan tanggungjawab kita yang banyak. Masa kita terhad, maka perlu dipergunakan semaksima mungkin di dalam gerak kerja ibadah kita seharian.

Kita harus perlu sentiasa TEGUH di atas Perintah ALLAH SWT.

Aisya ra., berkata, “Nabi SAW sering berdoa dengan mengatakan, ‘Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku untuk selalu taat kepada-Mu.’(hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Abu Syaibah)

Ambilah iktibar dari Kisah Ummu Habibah (Ummul Mukminin), Ramlah binti Abu Sufyan yang telah mengahwini Ubaidullah bin Jahsy, seorang muslim seperti beliau. Tatkala kekejaman kaum kafir terhadap kaum muslimin, Ramlah hijrah menuju Habsyah bersama suaminya. Disanalah beliau melahirkan seorang anak perempuan, yang diberi nama Habibah. Dengan nama anaknya inilah beliau dijuluki (Ummu Habibah).

Allah menguji beliau dengan situasi yang dahsyat apabila suaminya murtad daripada Islam sewaktu berada di Habsyah dan berusaha memurtadkannya. Beliau tetap istiqamah di atas Islam dan akhirnya berpisah dengan suami tercinta kerana agama. Hal ini akhirnya menjadi PELUANG kepadanya untuk menjadi Ummul Mukminin apabila beliau kemudiannya dipinang oleh Rasulullah SAW.
Rasulullah bertemu dengannya pada tahun ke enam atau ke tujuh Hijriyah. Waktu itu Ummu Habibah berumur 40 tahun.

Islam Mengizinkan Lelaki Mukmin berkahwin dengan Wanita Ahli Kitab
"Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal (pula) bagi mereka. (Dan dihalalkan mangawini) wanita yang menjaga kehormatan* diantara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar mas kawin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik-gundik. Barangsiapa yang kafir sesudah beriman (tidak menerima hukum-hukum Islam) maka hapuslah amalannya dan ia di hari kiamat termasuk orang-orang merugi.” (Al-Maidah : 5)

Mengapakah Allah mengizinkan lelaki yang beriman mengahwini wanita ahli kitab ? Jawapannya kerana persamaan Aqidah di antara kita dan mereka. Perbezaan di antara ahli kitab dan umat Islam ialah berkait masalah syariat demikian yang dimaksudkan dengan keizinan bolehnya berkahwin di antara lelaki muslim dan ahli kitab iaitu mestilah ahli kitab yang memiliki kepercayaan Aqidah yang sahih dan benar berdasarkan kitab samawi terdahulu bukannya merujuk kepada ajaran Yahudi dan Kristian yang SYIRIK dan mensyirikkan Allah di dalam ajaran mereka sehingga menjadikan mereka orang musyrikin dan bukan lagi ahli kitab.

Di dalam “Sahih Bukhari” terdapat sebuah riwayat yang berasal dari Abdullah bin Umar r.a. bahawasanya ia pernah ditanya tentang perkahwinan antara lelaki muslim dan wanita nasrani atau yahudi, Abdullah bin Umar menjawab : “Allah mengharamkan wanita musyrik dikahwini oleh lelaki muslim, Aku tidak tahu syirik apakah yang lebih besar daripada seorang isteri yang mengatakan bahawa Tuhannya ialah Isa, padahal beliau itu adalah salah seorang dari hamba Allah s.w.t. Jika ia tidak mengatakan hal itu, ia tetap dipandang sebagai wanita ahlul kitab, walaupun ia meyakini kesucian Isa al Masih atau meyakini kesucian bondanya Maryam atau meyakini kesucian roh kudus dalam bentuk yang berlainan dari kepercayaan orang muslim; selama ia tidak menyekutukan Allah”. (hadis Sahih Bukhari)

Hal ini membuktikan bahawa Islam menganggap perkahwinan itu cuma alat dan tools untuk merealisasikan perjuangan dan tuntutan ibadah bagi menyalurkan keperluan fitrah manusia ke arah yang halal.

Lantas untuk orang yang sedar akan segera memahami bahawa adalah tidak perlu untuknya mengambil masa yang lama untuk memberi respon kepada jemputan atau pinangan perkahwinan apabila dirinya dipinang jika cara dan kaedah yang digunakan adalah menurut syarak.

Manfaatkan sahaja peluang dan rezeki yang diberikan untuk digunakan ke jalan Allah SWT.

Semuanya berbalik kepada diri kita sendiri apakah kita sebenarnya mahu atau mampu menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah bukan melihat kepada orang lain untuk dijadikan alasan di atas kegagalan kita.

Asiah merupakan isteri Firaun, tetapi dia berjaya menjadi wanita yang solehah dan memasuki syurga Allah.

Allah befirman : "Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman." (At-Tahrim : 11)

Manakala Isteri Nabi Luth pula merupakan ahli neraka sekalipun suaminya ialah Rasul dan Nabi.

Allah befirman : "Kecuali isterinya. Kami telah menentukan, bahwa sesungguhnya dia itu termasuk orang-orang yang tertinggal (bersama-sama dengan orang kafir lainnya)." (Al-Hijr : 60)

Allah befirman : "Maka Kami selamatkan dia beserta keluarganya, kecuali isterinya. Kami telah mentakdirkan dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan)." (An-Naml : 57)

Hal ini sebenarnya bertitik tolak kepada ILMU dan kefahaman yang sahih menurut KItab dan Sunnah untuk menyedari kewajipan dan peranan kita di dalam agama.

Tugas anda ialah berusaha mengikut cara yang sahih dan menjalani ibadah dengan segigih mungkin kepada Allah SWT manakala bakinya berserah kepada Allah untuk menetapkan keputusan di atas usaha kita.

Kita sudah berusaha dan akan terus berusaha, resultnya bukan urusan kita.

=====================================
Sumber: Pandangan Seorang Ustaz



Monday, October 12, 2009

Buatmu Pejuang


Hari Ini Hatiku Tergerak Menyapa,

Tersapa Membicara Tentangmu,

Kerna Jiwa Ini Sudah Bosan Dengan Mainan Lakonanmu,

Gah Berdiri Dihadapan Manusia,

Dengan Hebatnya Dalil Tuhanmu,

Dengan Main Kata-Kata Seiring Dusta,

Mencorak Insan Yang Hanya Tipuan Belaka,

Dan Nantikanlah Suatu Masa

Dihadapan Tuhanmu Untuk Berbicara..


Wahai Pengelar Pejuang,

Kau Kata Hidupmu Kerna Yang Atas,

Kau Bicara Cita-Citamu Syahid Dijalannya,

Kau Ungkap Dirimu, Hanya Untuk Jihad Kepadanya,

Namun Wahai Pengelar Pejuang,

Angananmu Itu Kosong Belaka,

Hanya Debu Yang Berterbangan,

Dibawa Angin Lakonan,

Kerna Kau Sebenarnya Patung Hidup,

Yang Berbicarakan Kosong,

Dengan Jiwa Yang Lompong..


Dengarlah Pejuang,

Tatkala Kau Hebat Bermain Dimedanmu,

Di Saat Kau Berbicara Petah Membenarkan Hadis Rasulmu,

Kau Sudah Lupa Akan Dirimu,

Membiarkan Dirimu Terkapai-Kapai,

Terumbang Ambing Dibawa Kealpaan,

Hanya Kerna Satu Hamparan Ujian, Diberi Kabar Keduniaan,

Hingga Kau Lentuk Dengan Bayangan Keindahan,

Dibuai Bisikan Si Laknat Yang Durjana,

Hingga Kau Tersujud Melayan Cinta Leka,

Membuai Si Nafsu Saat Itu Menjadi Tuhan,

Tanpa Ingat Akan Dalilmu Jua,

Yang Kau Bicara Dahulu,

Pada Insan Yang Bernama Manusia,

Dengan Gahnya Kau Bernama Pejuang..

Yang Sebenarnya Hanya Sia-Sia...

Pasang Pemikiranmu Wahai Pelakon Kosong,

Dalam Masa Kau Petah Berbicara Mencorak Ummat,

Dalam Masa Kau Hebat Membetulkan Kesalahan Insan,

Dalam Masa Lidahmu Mengatakan Aku Pejuang,

Sedarkah Dirimu Kau Hanya Penentang Dirimu Sendiri,

Kau Hanyalah Insan Yang Merobek Tubuhmu Sendiri,

Kau Hanyalah Jiwa Yang Membunuh Jiwamu Sendiri,

Kerna Apa Wahai Pelakon Kosong,

Kau Hanya Pandai Berbicara Tanpa Berbuat,

Kata-Katamu Pada Manusia Tidak Pernah Seiring Perbuatanmu,

Dalil Tuhanmu Pada Manusia Tidak Mengambarkan Dirimu,

Kerna Wahai Pejuang, Kau Sebenarnya Hanyalah Seorang Pelakon Kosong,

Yang Membodohkan Dirimu Sendiri,

Yang Menyumbat Hatimu Saat Mengetahui Ayat Yang Maha Hidup,

Iaitu "Wahai Orang Beriman,Mengapa Kamu Berkata,

Tetapi Kamu Tidak Melakukan?"



Telitikan Ini Wahai Pembunuh Diri,

Saat Tuhanmu Mengujimu Dengan Dunia,

Mulalah Kau Menjadi Lupa,

Diberi Harta, Anak Dan Isteri Untuk Menghias Hidup,

Tapi Kau Jadikan Ia Tujuan Hidup,

Kau Sudah Lupa Urusan Dakwahmu,

Kau Terleka Dibuai Cinta Si Pesona Dunia,

Kau Termakan Dengan Harapan Si Cahaya,

Kau Tertidur Mengejar Si Harta Dunia,

Hingga Hilang Pemikiran Dakwahmu,

Hingga Hilang Izzah Kehidupan Pejuangmu,

Apa Ini Wahai Pejuang? Inikah Perjuanganmu?,

Mana Letaknya Janji-Janji Manismu?

Inikah Yang Kau Katakan Cita-Citamu?

Sungguh Allahlah Sebaik-Baik Pembalas Wahai Dai,

Bukankah Firman Tuhanmu Jelas Yang Mereka Pemfitnah,

Kau Juga Yang Sentiasa Ingatkan Manusia,

Tapi Kau Alpa Dengannya,

Mengejar Mimpi Ke Arah Neraka,

Hingga Hilang Arah Ke Syurga...



Perhatikan Ini Wahai Si Penipu Diri,

Aku Bosan Dengan Jalan Layar Tipuanmu,

Yang Pandai Menipu Manusia Dengan Lakonanmu,

Yang Hebat Didepan Pentas Keduniaan,

Yang Dihadapan Insan, Teratur Sekali Ibadahmu,

Di Hadapan Insan, Gah Sekali Dirian Solatmu,

Di Hadapan Insan, Hebat Sekali Dalil Tuhanmu,

Hinggakan Si Alam Juga Terpukau Melihat Lakonanmu,

Tapi Bila Di Belakang Insan,

Mulalah Terbuka Tembelang Si Penipu Diri,

Di Belakang Insan Mula Terlerai Aturan Ibadahmu,

Di Belakang Insan Mula Hilang Kusyuk Solatmu,

Di Belakang Insan Mula Hancur Binaan Imanmu,

Hingga Membenarkan Kau Sebagai Pembohong Ummat..

Dan Wahai Pengelar Pejuang,

Wahai Pelakon Kosong,

Wahai Penipu Diri,

Hatiku Sentiasa Sedih Dengan Karaktermu,

Sering Hampa Dengan Lakonan Tipuan Dirimu,

Sering Lemah Melihat Mainan Cinta Teratasmu,

Hingga Terkadang Menitis Air Mata Memikirkan Dirimu,

Yang Hanya Suratannya Indah Tapi Siratannya Punah..



Tapi Wahai Pejuang,

Kata-Kataku Bak Bilahan Pedang Yang Tajam Dihadapanku,

Yang Sentiasa Menanti Untuk Menikamku Semula,

Kerna Aku Jua Wahai Pejuang,

Adalah Sepertimu,

Memikul Urusan Ummat Dibahuku,

Hingga Cukup Takut Dengan Diriku,

Andai Diri Ini Hanya Menjadi Pengelar,

Andai Diri Ini Hanya Menjadi Pelakon,

Andai Diri Ini Hanya Menjadi Penipu Diri..



Namun Wahai Pejuang,

Aku Juga Mengetahui Fitrahnya Insan Terleka,

Lumrahnya Manusia Itu Pelupa,

Tapi Itu Bukan Alasannya, Malah Sebagai Pengingat Alpa,

Untuk Tidak Menyamai Lagi Dengan Pengelar Itu,

Yang Hanya Pandai Mengelar Dirinya Pejuang,

Untuk Tidak Menyamai Lagi Dengan Pelakon Itu,

Yang Hanya Suka Berlakon Kosong Dihadapan Manusia,

Untuk Tidak Menyamai Lagi Dengan Penipu Itu,

Yang Hanya Hebat Menipu Diri Sendiri,

Tapi Wahai Pencinta Kebenaran,

Jadikan Dirimu Bak Cahaya Suci Yang Memberi Sinar Erti Pejuang,

Jadikan Dirimu Seperti Rama-Rama Yang Menghiasi Dihati Ummat,

Jadikan Dirimu Seakan Manusia Yang Berdiri Teguh,

Memandang Tepat Ke Arah Syurganya,

Dengan Mengalir Darah Cinta Teratas,

Tanpa Pernah Merasa Tempias Keduniaan,

Sambil Berkata...

Aku Menjual Diri Ini Untukmu, Wahai Kekasih Hati..

Saksikan Cintaku Untuk Agamamu....


Ayuh Selamatkan Ummatmu Wahai Pejuang...


Sumber: Cinta Teratas
==============================

Friday, September 4, 2009

Omar and The Honeybee

You all know about honeybees. Many of you have probably seen them in cartoons on TV, or even in real life, buzzing around. But I bet there are still many things you do not know about them...

Not long ago, mom and dad and I went to the woods to go jogging. I had a great time there. But what pleased me most was a new friend I made there while we were having a rest. It was quite tiny, but it meant a lot to me. I will never forget this little friend of mine.

You are probably wondering who it was, aren't you? Well, it was a lovely honeybee. It came up to me and flew around for a while. At first, I was afraid of being stung because it came very close... I screamed: "Don't! Please don't sting me. I don't want to be hurt!" And just then, something very strange happened, for the honeybee started talking to me.

The Honeybee: I don't want to sting you. I just want to be friends with you.

Omar: Really? I am very pleased to hear it!

The Honeybee: Let me introduce myself. I am a worker bee. I live in the trunk of that tree, together with thousands of my friends.

Omar: Wow! You have so many friends! How do you and your friends spend your days?

The Honeybee: We clean our hive, collect food and carry it to the hive, produce royal jelly, keep the hive warm and guard it...

Omar: Don't you get tired doing all that?

The Honeybee: No. We worker bees split the jobs in the hive up amongst ourselves. That is why we never get tired. For example, these days I am building combs to store honey...

Omar: There is one thing I have always wondered about bees; how are you born?

The Honeybee: You have probably heard that there is a queen in every honeybee colony. The queen bee is the biggest of all the female bees. She lays eggs at certain times. But we do not hatch from the eggs straight away. What hatch from these eggs are white grubs, called larvae, with no eyes, wings or legs, and which do not look like us at all. For a while, they remain wrapped in a cocoon. In the meantime, they are fully fed and then emerge from the cocoon looking exactly like me.

Omar: That is amazing! I am still curious about one more thing though! Being so crowded, isn't there any disorder in your hive?

The Honeybee: Never. On the contrary, it's really well ordered. Thousands of bees live together in great harmony while we do all our jobs.

Omar: That is really very interesting! I still can't understand how you can manage to keep order although there are so many of you! My dad is the manager of our building, and he really has a hard time keeping order there. But you say you have no such problem!

The Honeybee: You are right to be surprised. I know that scientists are amazed by this too, and look for answers to the questions of how order is kept, how each honeybee knows what its job is supposed to be, and how such a large number of bees can act together so well! I can tell you the answer quite quickly: We all have certain tasks; we work hard and carry them out as best as we can and try not to disturb the order in the hive.

While listening to the worker bee in wonder, I heard my mom calling, "Omar! Omar! Where are you?" It was time for me to leave.

Omar: My mom is calling me. I think I have to go now. I am so pleased to meet you. Thanks for everything you told me!

The Honeybee: I also enjoyed your company. Maybe, we can meet again! How about meeting here again next week? If you like, I can take you to our hive and show you the combs.

Omar: That would be great! But only if my parents agree to come here again, of course.

The Honeybee: O.K., hope to see you next week!

As soon as I got home, I took out the encyclopedia of animals my dad had given me as a birthday present. I quickly turned the pages and found the section on honeybees. The first thing that struck my eye was a little picture of a honeybee. I felt that I was already missing my little friend…

I read the book with wonder. I was so amazed by the things I read that I did not notice how much time had passed. My mom wondered what I was doing in my room for so long and came to look for me. I excitedly started to tell her all about bees.

Omar: Mom, did you know that honeybees are really fascinating? For instance, let me tell you the last thing I read here; you have probably heard that female honeybees do the cleaning in the cells. They throw out all the particles left behind by the bees hatching from their cocoons, bees that have died in the hive and many other things that don't belong in the hive. Do you know what they do when they come across something too big for them to carry out of the hive? They embalm it with a material called "propolis" to prevent it from producing bacteria and harming the health of the other bees in the hive. It is hard to believe, but propolis is an anti-bacterial material, that is, it stops bacteria growing... Do you know where they find this substance, mom? How do these tiny beings know so much about chemistry? That is as far as I have read. Maybe I can tell you how they make this substance later.

Mother: Bees are tiny yet extremely intelligent animals... However, it would be wrong to think that this intelligence belongs to them. There is a Creator Who teaches them everything they do. When I was your age, I also read a book about honeybees which impressed me very much, just like you. If you like, you can keep on reading. I would love to hear more about honeybees whenever you want to share what you've learnt with me.

My mom went out of the room to prepare supper. That question was still on my mind; where do honeybees find the material called "propolis" and where do they learn how to use it? I kept on reading with wonder.

The book also mentioned how honeybees produce propolis. They first collect a material called resin from the sticky buds of some trees with the help of their lower jaws. They then produce propolis by adding their saliva to the resin, and carry it to the hive in the special sacs on their feet.

Honeybees wrap up anything they cannot carry out of the hive in this substance they store in the sacs on their feet. This way, that material cannot house any bacteria and becomes harmless. This is an operation similar to mummifying.

But who taught honeybees to do this? How do they know that a dead creature or waste material could harm the bees in the hive? Even I have only just learned this now. This is not something an insect could know! I was growing more and more curious. Could it be that honeybees were as conscious as human beings?

I could not help but read more. I thought to myself: "Now I understand that up until now I knew nothing about bees!" I still had many questions in my mind which I could not answer. But I was sure that sooner or later I would find the answers.


source: www.truthsforkids.com